suria

Orang utan ‘raba’ payudara, pelancong anggap haiwan cuba tunjuk kasih sayang

Angel diraba oleh seekor orang utan ketika berkunjung ke zoo pada 15 Ogos.

SEEKOR orang utan menjadi bualan ramai selepas ia meraba payudara seorang pelancong dan mencium pipinya dalam satu lawatan zoo, baru-baru ini.

Wanita itu, Angel Orangelor tidak menyangka akan berdepan kejadian yang mencuit hati ketika dia berkunjung ke Safari World di Bangkok, Thailand pada 15 Ogos lalu.

Angel yang hadir ke zoo bersama rakan-rakannya mengakui tidak terganggu dengan kejadian itu, sebaliknya menganggap ia sebagai satu reaksi kasih sayang daripada seekor haiwan.

"Orang utan itu hanya menunjukkan kasih sayang kepada saya. Ia kelihatan sangat comel.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian raba wanita di Cyberjaya... pakar kongsi hak perundangan mangsa gangguan seksual perlu tahu

"Rakan-rakan saya fikir ia lucu. Saya boleh rasa ikatan yang sebenar dengan haiwan itu," ujrnya.

Malah kata Angel, orang utan itu langsung tidak menyakitinya.

Untuk rekod, ini bukan kali haiwan itu bertindak 'terlebih' mesra dengan pelancong wanita.

Jun lalu, orang utan itu turut memegang payudara seorang lagi pengunjung wanita. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain