suria

Bomoh palsu ditahan... Mangsa diarah bersetubuh dengan anak kandung, potong puting payudara

Seorang wanita menjadi mangsa seorang individu yang mendakwa dirinya bomoh. -gambar hiasan

SEORANG wanita menjadi mangsa kepada individu yang mendakwa dirinya bomoh.

Mangsa dari Doro di Pekalongan di Jawa Tengah, Indonesia itu menjadi mangsa mendapatkan rundingan, diminta melakukan perkara yang tidak wajar seperti bersetubuh dengan anak kandungnya.

Memetik Tribunnews.com pada Jumaat, Ketua Polis Pekalongan, AKBP Arief Fajar Satria berkata, mangsa mengenali suspek menerusi akaun Facebook pada Februari lalu.

Mangsa kemudian menerima mesej daripada pemilik akaun bernama Fitria yang memaklumkan auranya ketika itu gelap, dan menyarankan supaya mendapat bantuan bomoh bernama Ibu Sri.

Bomoh palsu itu kemudian meminta mangsa untuk melaksanakan ritual pembersihan bagi membolehkan auranya kembali terang.

Antara cara pembersihannya yang dilakukan adalah bersetubuh dengan anak kandungnya sendiri, memotong puting payudara dan mencubit kemaluannya.

Suspek kemudian meminta mangsa menghantar video semua perbuatan itu kepadanya.

Suspek kemudian mengugut mangsa untuk menyebarkan video tersebut di media sosial dengan meminta sejumlah wang,

Susulan kejadian itu, suspek ditahan polis ketika cuba melarikan diri.

Sehubungan itu, Arief meminta mangsa lain yang terlibat dengan bomoh itu supaya segera melaporkan kepada balai polis terdekat.

Polis merampas beberapa bahan bukti daripada suspek iaitu berupa puting payudara mangsa, pakaian dan buku akaun.

"Suspek berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain