suria

Pasangan remaja jadi gelandangan kerana pelihara anjing

Pasangan remaja jadi gelandangan kerana pelihara anjing.

PASANGAN remaja yang mempunyai seorang bayi perempuan terpaksa menjadi gelandangan selepas anjing peliharaan mereka dikatakan menyalak dengan kuat kerana meminta pertolongan.

Salakan itu menyebabkan 'kehadiran' anjing disedari penghuni yang lain.

Menceritakan situasi yang dialami, Connor Sullivan, 18, mendakwa Everbright Housing 'menghalau' dia sekeluarga keluar dari rumah Birmingham selepas kedua-dua anjing peliharaan menyalak ketika isterinya Jordanna, 18, terkunci di dalam bilik air.

Keadaan itu membuatkan pihak bomba datang ke rumah tersebut untuk membantu.

Menurut Connor, walaupun pada awalnya pihak pengurusan rumah tersebut tidak menghalang dia membawa masuk anjing, walaupun ia bercanggah dengan peraturan.

Terdahulu, Everbright berkata bahawa 14 anjing dilaporkan tinggal di rumah Connor pada masa itu, namun dia menafikan dengan menyatakan hanya terdapat empat ekor anjing yang tinggal bersama mereka manakala enam lagi adalah milik rakan.

Susulan itu mereka diberi notis pemindahan pada 18 Ogos lalu. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain