KELAHIRAN seorang bayi mengejutkan doktor dan jururawat apabila dia dilahirkan tanpa kaki selain struktur fizikalnya kelihatan seperti tanduk haiwan. Bayi berkenaan dilahirkan di Pusat Kesihatan Manpura, Shivpuri, India pada 26 Ogos baru-baru ini. Susulan itu doktor yang menyambut kelahiran bayi berkenaan segera merujuk bayi dan ibunya ke sebuah hospital di daerah Shivpuri. Menurut laporan media tempatan, doktor menyatakan bahawa bayi yang baru lahir itu belum berkembang dan beratnya hanya 2.31 lbs (1.04 kilogram) berbanding berat normal bayi. Walaupun lahir dalam keadaan tidak sempurna, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil. Bayi tersebut kini dijaga rapi di bawah pengawasan doktor khas di Unit Khas Penjagaan Bayi Baru Lahir (SNCU) di hospital tersebut. Tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mengalami sebarang masalah kesihatan akibat daripada perubatan. -MIRROR.CO