RAKAMAN video seekor kuda polis tiba-tiba 'jatuh' dan mati di Karnival Notting Hill mengundang sebak dalam kalangan warganet dan anggota terlibat. Sandown yang berusia 14 tahun rebah kira-kira jam 9 malam ketika menyertai satu acara di barat London. Kejadian itu menyebabkan beberapa pegawai terlibat bergegas untuk membantu rakan sekerja mereka memberi rawatan kecemasan kepada kuda tersebut. Namun Sandown tidak diselamatkan dan mati di hadapan orang ramai yang hadir di kawasan sekitar. Menurut saksi kejadian, dia menyatakan berada di sekeliling kuda itu selama setengah jam sebelum ia rebah. Sandown berpengalaman tujuh tahun sebagai 'polis kawalan'. "Ia sentiasa berbunyi dan pegawainya cuba untuk menenangkan," ujarnya yang turut mengakui sukar melupakan momen tersebut. Terdahulu, kuda yang disifatkan sebagai paling berpengalaman dalam institusi kepolisan itu telah berkhidmat selama tujuh tahun. Sandown dilaporkan memainkan peranan penting dalam membantu mengawal London. Satu kenyataan dikeluarkan pihak yang berkenaan selepas insiden itu, menyifatkan kematian Sandown sebagai 'mengejut' dan berkata bedah siasat sedang dijalankan. - Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI