suria

Selepas hanyut 11 hari di Lautan Atlantik, pemancing dipenjara pula

Romualdo terselamat selepas 11 hari hanyut di lautan Atlantik.

SEORANG pemancing yang hilang di laut selama 11 hari tanpa makanan dan minuman, ditemukan terapung di dalam peti sejuk beku.

Menerusi rakaman video tular, Romualdo Macedo Rodrigues berada di lautan Atlantik, selepas hanyut sejauh 280 batu (450 kilometer).

Sebelum kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan bertolak dari Oiapoque di utara Brazil untuk memancing di sebuah pulau di luar pantai Guiana Perancis pada akhir Julai, selama beberapa hari.

Namun, bot kayu sepanjang tujuh meter ke Ilet la Mere tiba-tiba dinaiki air dan tenggelam.

Menceritakan pengalamannya, Romualdo berkata, dia bukan sahaja terkandas di laut selama 11 hari malah turut dipenjarakan selama 16 hari lagi ketika sampai ke darat.

"Saya tidak tahu berenang. Mujur terdapat peti sejuk beku di atas bot, jadi saya membuat keputusan untuk duduk di dalamnya.

"Sepanjang tempoh tidak makan dan minum selama 11 hari itu, saya berkemungkinan kehilangan berat badan kira-kira lima kilogram," ujarnya yang turut bimbang di makan jerung.

Terdahulu dia diselamatkan oleh anak kapal di perairan di luar pantai Suriname, yang bersempadan dengan Guiana Perancis di sebelah barat. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pemancing hanyut, dipenjara, bot karam,

Artikel Lain