SEORANG pelajar dalam bidang juruterbang bertindak mencuri sebuah pesawat selama lima jam, dan mengancam untuk merempuh sebuah pasar raya. Malah, dia sempat memuat naik mesej 'selamat tinggal' di laman Facebooknya. Dalam kejadian di Mississippi, Amerika Syarikat, Cory Paterson, 29, mencuri sebuah pesawat ringan pada awal pagi sebelum mengelilingi ruang udara Tupelo selama berjam-jam. Dia turut mendakwa mahu merempuh sebuah pesawat menggunakan pesawat Beechcraft King Air 90. Menerusi satu mesej di Facebook, Paterson berkata: "Maaf semua. Tiada niat sebenarnya nak sakitkan hati sesiapa. Saya sayang ibu bapa dan adik saya, ini bukan salah kamu. Selamat tinggal." Ketua polis Tupelo, John Quaka berkata, selepas rundingan pihak polis meyakinkan pemuda itu tidak menghempas pesawat, seorang juruterbang persendirian bercakap dengan Patterson mengenai pendaratan yang betul. Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu, dia membatalkan pendaratan yang dirancang di Lapangan Terbang Wilayah Tupelo selepas berada sekitar 100 kaki dari darat. Patterson kemudian ditahan atas tuduhan melakukan rompakan besar-besaran dan ancaman keganasan. Anak muda ini mempunyai sedikit pengalaman terbang tetapi tidak pernah mendaratkan pesawat. Bagaimanapun, pesawat ringan itu mengalami sedikit kerosakan selepas ia terhempas ketika mendarat berhampiran lapangan terbang. - Daiiy Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI