suria

Wanita berdepan detik cemas, tersepit ‘terbalik’ di gim ketika bersenam 3 pagi

Tangkap layar video seorang wanita terperangkap dalam peralatan senaman. foto tiktok/cfaulds20

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap secara terbalik selama 12 minit semasa bersenam di gim.

Kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) ketika wanita tersebut melakukan senaman pada pukul 3 pagi.

Christine Faulds, berkongsi video lucu di TikTok yang menunjukkan saat polis datang membantu menyelamatkannya.

Dia kelihatan seperti 'tergantung' secara terbalik pada peralatan senaman.

Ketika kejadian, dia bersama seorang rakan yang berada di ruangan lain melakukan angkat berat.

Dia kemudian menghubungi polis menggunakan jam tangan pintar Apple Watch selepas terperangkap selama 12 minit.

"Apabila anda terpaksa call 911 (panggilan kecemasan) kerana anda terperangkap pada peralatan senaman pukul 3 pagi di gim," tulisnya menerusi perkongsian video TikTok.

Menurut wanita itu, dia tidak pasti sama ada menggunakan peralatan senaman tersebut pada masa akan datang. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain