EMPAT kanak-kanak Afghanistan maut manakala tiga lagi cedera terkena letupan bom di wilayah selatan Helman. Ia berikutan mereka bermain dengan bahan api yang ditemukan tidak meletup semasa wilayah bergolak itu dilanda perang selama beberapa dekad. Difahamkan, kejadian tragis itu berlaku selepas seorang kanak-kanak membawanya ke sekolah agama. Menurut polis, tiga daripada kanak-kanak maut sejurus letupan berlaku manakala seorang kanak-kanak perempuan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan parah di hospital di Lashkar Gah. "Mereka sering mengumpul besi buruk untuk dijual bagi menyara keluarga. Sebelum ini pun terdapat kes kematian dan kecederaan yang sama," ujarnya. Terdahulu, dilaporkan bahawa setahun selepas pengambilalihan Taliban ke atas Afghanistan, negara itu terus dicemari oleh keganasan mazhab. - Metro.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI