suria

Pecah masuk rumah artis! Ejen hartanah, rakan kaut untung lebih RM22.4 juta ditahan

Antara barangan mewah yang dicuri suspek.

SEORANG ejen hartanah Los Angeles dan rakannya akan dibicarakan kerana menjadi dalang kumpulan pecah rumah sehingga mampu mengaut 'keuntungan' bernilai lebih $5 juta (RM22.4 juta) daripada orang kaya dan terkenal.

Jason Yaselli, 35, dan Benjamin Ackerman, 36, bekerjasama dengan menceroboh rumah selebriti di seluruh Hollywood, California.

Kelicikan mereka membuatkan mangsa tidak menyedari bahawa rumah mereka telah dipecah masuk, namun hanya menyedari kehilangan barang berharga selepas beberapa bulan.

Susulan siasatan yang dilakukan, detektif menemui lebih 2,500 barang curi di rumah Ackerman dan unit simpanan yang dimilikinya.

Ia adalah salah satu penemuan terbesar barang curi dalam sejarah LAPD.

Difahamkan, kira-kira 13 buah rumah telah dipecah masuk antara Disember 2016 hingga Julai 2018 dengan sasaran 150 barangan mewah dari sebuah rumah.

Menurut detektif LAPD, sepanjang tempoh tersebut tiada siapa yang mengetahui aktiviti jenayah yang dilakukan kedua-dua suspek kerana mereka muncul dengan pakaian kemas hanya berjalan di pintu hadapan.

"Kedua-dua mereka akhirnya berjaya ditahan dan dituduh melakukan penipuan serta penyelewengan.

"Mereka didakwa atas 14 pertuduhan pecah rumah, 32 pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram pada 23 Ogos 2019.

"Yaselli dan Ackerman boleh dihukum penjara sehingga 31 tahun jika sabit kesalahan," jelasnya. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain