UMPAMA tapak pelupusan. Demikian kawasan rumah sepasang suami isteri yang dijadikan lokasi pembuang sampah dan aktiviti tidak bermoral sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Mengakui jijik dengan keadaan itu, Kevin Draper, 59, yang menjaga isteri sedang sakit tenat, turut mendedahkan bahawa mereka terpaksa mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke hospital selepas kenderaannya sering disekat oleh timbunan sampah. "Kami sering dibelenggu lalat, sisa manusia dan pengguna dadah yang sewenangnyna melakukan hubungan seks di tepi rumah. "Pihak majlis juga sudah 'berputus asa' dengan keadaan tersebut sehingga sanggup membenarkannya ditakluki pengedar dadah dan perbuatan tidak bermoral," ujarnya. Menurut Kevin, kejadian tersebut berlaku setiap hari malah terkini timbunan sampah semakin banyak sehingga hampir setinggi pagar. "Terdapat permaidani, perabot, TV, mainan kanak-kanak dan beg hitam yang dipenuhi ulat. Tempat itu benar-benar busuk," luahnya sambil berkata, hampir setiap malam mendengar orang ramai membuang sampah di luar rumah mereka. Kevin juga pernah diugut dengan pisau semasa berhadapan dengan penagih dadah di rumahnya. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI