SEORANG lelaki bertindak membakar isteri dan anak tirinya selepas berang ditegur ketika sedang menonton filem lucah. Lelaki berusia 29 itu bagaimanapun telah ditahan polis pada Selasa malam. Insiden berlaku di Sidoarjo di Jawa Timur, Indonesia. Ia bermula selepas isteri suspek menegurnya yang sedang menonton filem lucah. Tindakan lelaki itu menyebabkan isteri dan anak tirinya berusia enam tahun melecur di bahagian kaki. ARTIKEL BERKAITAN: Akibat enggan 'rujuk', bekas isteri dibakar hidup-hidup ketika live TikTok... Simbah dengan petrol sebelum nyalakan api! Dalam satu sidang media bersama Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Kombes Pol Kusumo Wahyu Bintoro, lelaki berkenaan mengakui kesilapannya kerana membakar isteri dan anaknya. "Saya mengakui silap. Sekarang saya menyesal. Isteri saya masih di hospital... saya silap," katanya pada Rabu. Dia berhadapan dengan dakwaan melakukan penderaan yang mengakibatkan kecederaan parah, yang membawa hukuman penjara lima tahun jika disabit kesalahan. Wahyu Bintoro berkata, suspek membakar isterinya menggunakan petrol. "Suspek menyiram petrol ke atas isterinya yang sedang membasuh pinggan di bilik air. "Suspek kemudian membakar tisu dan kemudian membalingnya ke kaki mangsa. "Kedua-dua mangsa cuba memadamkan api antara satu sama lain," katanya. Hasil siasatan mendapati suspek sering menonton filem lucah. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI