suria

Padah main PlayStation ketika guruh, lengan lelaki gay melecur terkena panahan petir

Aidan diletakkan di bawah pengawasan sebelum dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.

SEORANG lelaki yang khusyuk bermain permainan video dipanah petir sehingga meninggalkan kesan parut pada salah satu lengannya.

Aidan Rowan, 33, dari Oxfordshire, sedang duduk di atas sofa sambil bermain PlayStation apabila terdengar bunyi guruh yang kuat sebelum badannya terasa 'berat', kira-kira pukul 10.30 malam, Isnin lalu.

Dia segera mendapatkan sehingga suaminya, Aaron, 32, yang berada di tingkat atas rumah mereka untuk meminta membawanya ke hospital.

Aidan diletakkan di bawah pengawasan selama beberapa jam sebelum dibenarkan keluar hospital.

"Saya berada di atas sofa bermain PlayStation ketika bunyi guruh di luar.

"Kemudian saya terdengar bunyi guruh yang sangat kuat dan merasakan sensasi 'aneh' di seluruh badan. Kemudian saya terasa bahang panas pada lengan kanan di mana kini terdapat melecur.

"Saya naik ke atas dan meminta tuala basah daripada suami kerana saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi lengan melecur.

"Saya rasa itulah kali terakhir saya bermain permainan semasa ribut petir," ujarnya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI