suria

Tunjuk gambar ‘pesakit’ sanggup jual buah pinggang demi iPhone 14, strategi klinik kecantikan teruk kena kecam

Strategi pemasaran Pusat Kecantikan Dr Nith teruk dikecam kerana menerbitkan gambar tiga 'pesakit' sanggup menjual buah pinggang demi iPhone 14.

GAMBAR tiga 'pesakit' dengan masing-masing berbalut kesan pembedahan pada perut sambil bangga menayang iPhone 14s menimbulkan kehebohan di Asia Tenggara.

Imej tersebut diterbitkan oleh sebuah klinik kecantikan, Pusat Kecantikan Dr Nith, di Vientiane, Laos.

Foto berkenaan mula menjadi viral di seluruh Thailand dengan kebanyakan orang percaya ia adalah benar.

Rupa-rupanya ia adalah taktik pemasaran oleh klinik kecantikan berkenaan semata-mata.

Namun, persatuan Palang Merah mengecam mesej 'mengelirukan' tersebut yang dibimbangi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengambil langkah drastik, iaitu menjual buah pinggan demi mendapatkan gajet yang diidamkan.

"Tiada perdagangan organ seperti ini. Ia dilarang," kata Sophon Mekthon dari Pusat Pendermaan Organ Palang Merah Thai.

"Adalah tidak wajar perdagangan organ digalakkan, terutamanya untuk menukarnya dengan wang untuk membeli iPhone. Ia tidak bermoral dan tidak beretika," ujarnya lagi.

Pengguna media sosial di Thailand juga pantas menyelar taktik pemasaran sedemikian. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain