suria

4 tahun tinggal dengan mayat rakan sebilik... lelaki didakwa curi, palsu dokumen

Polis membuat penemuan mengerikan dalam usaha mencari Kevin Olson. foto Google Maps

SEORANG lelaki tinggal bersama mayat rakan sebiliknya selama empat tahun, berhadapan dengan pertuduhan mencuri dan pemalsuan dokumen.

Keluarga mangsa, Kevin Olson, 64, bimbang selepas tidak mendengar khabar daripadanya sejak Oktober 2018.

Saudara-maranya membuat laporan dan polis diberi waran untuk menggeledah rumahnya di Chico, California di Amerika Syarikat (AS).

Anggota polis membuat penemuan ngeri dan terkejut apabila mendapati David Pirtle, 57, tinggal bersama mayat Olson yang meninggal dunia, empat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rompak kubur kemudian tinggal bersama 29 mayat budak perempuan sudah diawet

Mereka juga membuat penemuan lain ketika mencari petunjuk berhubung kematian Olson.

Menurut pejabat Peguam Daerah Butte County, Pirtle didakwa kerana disyaki mencuri identiti dan wang daripada rakan sebiliknya yang meninggal dunia.

Menerusi sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Butte County, dia berhadapan dengan pelbagai pertuduhan termasuk memalsukan cek daripada akaun bank rakan sebiliknya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain