SEORANG gadis berusia 16 tahun mencetuskan kekecohan apabila nekad memanjat pencawang elektrik, pada Selasa. Kejadian yang berlaku di Mangkubumi, Kota Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia, menggemparkan penduduk setempat. Ketua penduduk tempatan, Deni Romdoni mengesyaki tindakan remaja itu memanjat pencawang elektrik kerana konflik percintaan. "Terdapat dakwaan mempunyai kaitan dengan percintaan," katanya dipetik sebagai berkata, dalam TribunJabar.id, pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Bengang hajat bawa pulang isteri dihalang bapa mentua, pemuda nekad panjat pencawang elektrik Deni berkata, remaja itu sepatutnya bernikah dengan seorang lelaki berusia 16 tahun, seminggu lalu. Bagaimanapun, rancangan pernikahan itu dibatalkan oleh pihak keluarga lelaki kerana mendakwa melihat remaja itu berkelakuan tidak baik. Pasukan yang disertai Polis Mangkubumi, Polis Bandaraya Tasikmalaya, TNI, BPBD, dan Bomba, telah dihantar untuk membantu menyelamatkan gadis tersebut. Ibu remaja itu turut memujuk anaknya supaya segera turun, sambil disaksikan oleh orang ramai. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI