suria

Penghidap polio baiki jalan rosak, berlubang

Ganesh membaiki jalan rosak seorang diri.

MESKIPUN tidak sempurna seperti masyarakat yang lain, namun pemuda berusia 31 tahun ini sanggup membanting tulang seorang diri bagi membaiki jalan rosak di perkampungannya di Kermuda, Bhawanipatna India.

Difahamkan, Ganesh Naik mengalami kecacatan pada kedua-dua belah kakinya akibat menghidap penyakit polio sejak kecil.

Pun begitu, dia gigih menjual sayur-sayuran dengan menggunakan basikal roda tiga, bagi menampung perbelanjaan harian.

Menurut sumber, tindakan tersebut dilakukan Ganesh selepas dia sering terjatuh di laluan berkenaan sehingga mengalami beberapa kecederaan.

"Disebabkan sering terjatuh dan cedera ketika melalui laluan tu, dia ambil inisiatif untuk membaikinya sendiri.

"Dia juga tidak meminta bantuan orang lain, sebaliknya membawa kelengkapan dan keperluan untuk kerja-kerja pembaikan menggunakan basikal roda tiganya," ujar sumber.

Terdahulu, video Ganesh membaiki jalan rosak dan berlubang di perkampungannya tular di media sosial sehingga mendapat perhatian umum. - New India Express

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain