suria

Lelaki maut selepas ikut arahan GPS, kereta terjunam dalam air

GPS Paxson mengarahkannya melalui jambatan yang sudah tidak wujud, sebelum keretanya terjunam dalam air. Gambar hiasan

SEORANG bapa kepada dua anak maut selepas sistem navigasi satelit (GPS) mengarahkannya ke jambatan yang hanyut di North Carolina, dakwa keluarganya.

Phil Paxson, 47, sedang memandu pulang dari sambutan ulang tahun kesembilan anak perempuannya dalam kejadian pada 30 September lalu, ibu mertuanya menulis dalam catatan Facebook.

Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan GPS Paxson mengarahkannya ke jambatan yang sudah tidak wujud.

Ketika itulah Jeep yang dipandunya terjunam ke dalam air.

Jeep Gladiator 2020 ditemui terbalik dan sebahagiannya tenggelam sekitar jam 10 pagi Sabtu, 1 Oktober, menurut siaran berita daripada Peronda Lebuhraya Negeri Carolina Utara.

Pihak berkuasa percaya nahas berlaku sekitar jam 11 malam.

Jambatan itu, yang terletak di 24th Street Place NE di Hickory, dihanyutkan pada Julai 2013 akibat banjir, lapor Hickory Daily Record.

Lazimnya, penghadang dipasang untuk menghalang pemandu daripada menyeberangi jambatan, namun ia dialihkan selepas dirosakkan dan hilang pada masa Paxson kemalangan. - Tribune News Service

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

GPS, kereta terjunam, jambatan hanyut,

Artikel Lain