SEORANG individu membuat pendedahan mengejutkan apabila menggelarkan dirinya sebagai pengembara dari masa depan. Theradianttimetraveler atau Eno Alric berkata, dunia akan mengalami perubahan selepas beberapa peristiwa besar yang berlaku antara tahun 2022 dan 2023. "Ya, saya pengembara masa dari tahun 2671," ujarnya menerusi video yang dikongsi di TikTok. Dakwanya, bumi akan dilanggar meteor yang membawa makhluk asing pada 8 Disember 2022. ARTIKEL BERKAITAN: Gelar diri pengembara masa, lelaki ini dakwa dia manusia terakhir yang hidup Selain itu, empat remaja akan menemui satu peranti yang berupaya membuka keseluruhan galaksi pada 6 Februari tahun depan. Dia turut meramalkan tsunami besar di San Fransico pada 15 Mei 2023. Rata-rata netizen bagaimanapun tidak percaya dengan ramalan itu. Malah, mereka turut berjenaka dan meminta pengembara masa itu agar membuat ramalan mengenai pasukan yang bakal bergelar juara Piala Dunia 2022. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI