SEORANG bomoh ular meninggal dunia selepas dipatuk ular peliharaannya sendiri. Insiden bermula apabila mangsa, Imam Rohani, 49, mahu menggantikan tempat minuman ular tedung yang dibelanya. Ular itu tiba-tiba menyerang dan mematuk mangsa. Mangsa meninggal di hospital beberapa jam selepas kejadian. Salah seorang saudaranya, Wahyu Wibowo berkata ular itu menyerang sehingga memaksa mangsa meminta pertolongan. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gempar ular sawa muncul depan muka pukul 12 tengah malam... Gadis syak ‘penghuni’ Tasik Kenyir ikut dalam kereta "Dia dapat ular itu dari Jambangan, ular itu katanya bukan sembarang ular, sudah dibela selama lima tahun," kata Wibowo. Kejadian malang ini berlaku di Ganfusari, Trenggalek, Indonesia. Sementara itu Ketua Satuan Polis Trenggalek, Triadi Atmojo mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ketua kampung berhubung kejadian itu. "Kemudian pihak ketua kampung meminta kami menghalau ular itu," katanya. - Okezone. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI