suria

Aduh! Nak guna kerusi roda kena caj, wanita terpaksa mengesot nak turun pesawat

Seorang penumpang terpaksa mengesot di dalam pesawat. sumber YouTube

SEORANG wanita kurang upaya berdepan pengalaman ngeri apabila terpaksa mengesot turun dari pesawat kerana mendakwa tidak dibenarkan menggunakan kerusi roda secara percuma.

Natalie Curtis, dari Queensland, Australia, menaiki penerbangan tambang rendah Jetstar dari Townsville ke Bangkok dan singgah di di Singapura apabila insiden itu berlaku minggu lalu.

Curtis berkata dia ditawarkan kerusi roda untuk laluan dalam kapal terbang ketika menaiki pesawat itu di Singapura, tetapi apabila tiba di Thailand dia diminta membayar untuk kerusi roda lain untuk turun dari pesawat.

"Saya tidak betul-betul tak faham... saya tak akan bayar semata-mata untuk turun dari pesawat ini'," dia dipetik sebagai berkata.

Menurut Curtis dia tidak mempunyai pilihan selain turun ke lantai dan mengesot di sepanjang lorong pesawat menuju ke hadapan, bagi membolehkan dia mendapatkan kerusi rodanya sendiri.

Jelasnya, dia tidak pernah dicaj untuk menggunakan kerusi roda bagi mana-mana perjalanan sebelum ini.

Rakan Curtis, Natasha Elford, yang merakam kejadian itu, mengesahkan bahawa kakitangan tidak menawarkan bantuan untuk membawanya ke pintu.

Menurut Elford, dia tidak dapat membawa rakannya keluar dari pesawat kerana mengalami kecederaan lutut.

Curtis juga mengakui bahawa halangan bahasa mungkin menyebabkan timbul isu ini.

Bagaimanapun, dia berkata tiada alasan untuk anak kapal tidak membantunya.

Dalam pada itu pekerja syarikat penerbangan dimaklumkan bahawa kerusi roda lorong tidak tersedia untuk sekurang-kurangnya 40 minit selepas pesawat itu tiba di Bangkok.

Jetstar telah membuat permohonan maaf kepada Curtis dan menafikan bahawa kerusi lorong itu tak akan diberikan sehingga pembayaran dibuat.

"Kami memohon maaf kepada Ms Curtis atas pengalaman perjalannya bersama kami baru-baru ini. Kami komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua pelanggan termasuk mereka yang memerlukan bantuan khusus.

"Malangnya Ms Curtis tidak mendapat layanan sewajarnya berikutan salah faham komunikasi yang mengakibatkan kelewatan kerusi lorong disediakan di pintu pagar semasa ketibaan," kata Jetstar dalam satu kenyataan. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain