suria

Jarak usia 32 tahun bukan penghalang! Pensyarah akhirnya setuju kahwini pelajar selepas seminggu tolak ‘lamaran’

Pasangan ini mempunyai jarak usia 32 tahun.

JARAK usia tidak menjadi halangan buat seorang pensyarah berusia 52 tahun untuk mengahwini pelajarnya yang muda lebih 30 tahun daripadanya.

Kedua-duanya sepakat untuk berkahwin selepas pelajar bernama Zoya Noor, 20, jatuh cinta dengan personaliti pensyarahnya, Sajid Ali.

Pada mulanya Zoya yang memulakan langkah mendekati Sajid.

Seminggu selepas menolak 'lamaran' Zoya, pensyarah tersebut bersetuju untuk mengahwininya.

Pasangan dari Pakistan itu membuka kisah cinta mereka ketika ditemu bual oleh YouTuber dan pencipta kandungan (content creator), Syed Basit Ali.

"Terdapat perbezaan umur yang besar (32 tahun) antara kami. Kami tidak boleh berkahwin antara satu sama lain," kata Sajid dalam temu bual itu.

Sajid mendedahkan dia kemudiannya meminta tempoh seminggu untuk memikirkan perkara tersebut dan ketika itu, dia juga mula jatuh cinta dengan pelajarnya.

Pasangan itu juga mengakui saudara-mara di kedua-dua belah pihak tidak berapa bersetuju dengan keputusan mereka untuk berkahwin.

Walau bagaimanapun, ia langsung tidak menjadi halangan untuk mereka meneruskan perkahwinan. - Indiatimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain