suria

Baru balik tuntut hadiah RM474,000, wanita singgah kedai beli tiket loteri... menang lagi RM1.43 juta

Wanita itu menerima kemenangan berganda sehingga menjadi kaya dalam sekelip mata. (Gambar Hiasan)

SEORANG warga emas berusia 70 tahun menang AS$300,000 (RM1.43 juta) untuk tiket loteri yang dibeli semasa dalam perjalanan pulang selepas menuntut wang AS$100,000 (RM474,400) menerusi tiket lain yang dimenanginya.

Wanita itu yang tinggal di Newark, Delaware, Amerika Syarikat menang hadiah utama AS$300,000 untuk salah satu daripada tiga tiket loteri yang dibeli ketika singgah di sebuah kedai serbaneka pada 20 Oktober.

Ketika itu dia baru pulang dari ibu pejabat Loteri Delaware untuk menuntut hadiah AS$100,000 yang mana tiket dibeli di sebuah stesen minyak pada minggu sebelumnya.

Dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menang loteri luah rasa ‘fed up’, ramai datang minta sumbangan selepas jadi orang kaya

"Orang pertama yang saya beritahu tentang menang AS$100,000 adalah kawan baik saya dan dia teman saya ketika menuntut hadiah.

"Ketika saya gores tiket Serious Money dan menang AS$300,000 pada hari yang sama, kami terduduk tidak percaya. Memang gila," wanita itu memberitahu pegawai loteri.

Tidak lama kemudian mereka berdua pergi semula ke ibu pejabat loteri untuk menuntut hadiah, menjadikan jumlah kemenangannya untuk hari yang sama sebanyak AS$400,000.

Pemangku Pengarah Loteri Delaware dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada individu bertuah ini atas kemenangan berganda yang dianggap unik.

Wanita itu berkata sejumlah besar wang kemenangan akan digunakan untuk menambah simpanan persaraannya.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa perbuatan membeli loteri, bermain nombor ekor atau aktiviti perjudian lain adalah ditegah dan haram hukumnya dalam Islam. -TOI.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain