SERAMAI enam penduduk Colombo yang mengambil ubat untuk meningkatkan dorongan seksual tanpa nasihat perubatan telah meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan lepas. Perkara itu didedahkan oleh Koroner Tambahan Colombo, Iresha Deshani Samaraweera, baru-baru ini. "Kebanyakan mangsa berusia 20 hingga 25 tahun. "Terdapat juga mereka yang berada dalam kategori umur 40 hingga 45 tahun," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mati selepas buat seks ganas dengan wanita di hotel, tiba-tiba rebah tak bernyawa Menurut Samaraweera, ramai yang menerima kesan buruk selepas menggunakan ubat berkenaan tanpa nasihat doktor. “Ubat yang digunakan untuk meningkatkan pengalaman seksual tidak boleh diambil tanpa nasihat perubatan. "Jangan ambil tanpa berunding dengan doktor anda. Di seluruh dunia, orang ramai menyalahgunakan ubat ini dan menghadapi akibat yang serius. "Ubat-ubatan ini dicipta untuk merawat keadaan perubatan,” pesan Samaraweera lagi. - The Island Online. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI