GARA-GARA dilahirkan dengan wajah yang kurang sempurna, lelaki ini 'dibuang' oleh ibu dan bapa kandungnya sendiri. Jono Lancaster dilahirkan dengan Sindrom Treacher Collins, yang menyebabkan dia dilahirkan tanpa tulang pipi dan rahang yang kurang berkembang, serta memerlukan alat bantuan pendengaran. Disebabkan keunikan wajahnya itu, ibu dan bapa kandung Jono yang tidak dapat menerima hakikat, bertindak meninggalkannya di hospital. Semasa zaman kanak-kanaknya, Jono mereka-reka cerita lain mengapa ibu bapanya meninggalkannya. Tetapi apabila semakin dewasa, Jono mendapat tahu perkara yang mengejutkan mengenai mengapa ibu dan bapa kandungnya memilih untuk meninggalkannya di hospital. Ketika berusia 24 tahun, Jono diberikan dokumen yang tertulis, "kedua-dua ibu bapa terkejut dengan penampilan anak, kedua ibu bapa tidak dapat merasakan ikatan dengan anak, kedua ibu bapa meninggalkan hospital 36 jam kemudian dan meninggalkan bayi tersebut". Melalui masa yang sukar kerana membesar dengan menerima layanan yang berbeza dek kerana keadaannnya, Jono kini menggerakkan badan amal khusus bagi individu yang dilahirkan dengan situasi sama. Jono turut berkongsi kisah inspirasinya di LadBibleTV. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI