SEBUAH mesin yang dikenali sebagai supercomputer membuat ramalan bahawa kehidupan di dunia ini akan berakhir menjelang tahun 2050. Mesin itu yang dicipta pada tahun 1973 oleh profesor universiti terkemuka telah melihat beberapa ramalannya menjadi kenyataan, termasuk penurunan ketersediaan sumber asli dan mineral penting. Algoritma canggihnya mengambil kira pelbagai faktor termasuk kadar kelahiran dan tahap pencemaran untuk mengemukakan anggaran kehidupan. Sebelum ini, mesin tersebut meramalkan bumi berada dalam keadaan "sangat kritikal" pada tahun 2020. "Jika kita tidak berbuat apa-apa mengenainya, kualiti hidup akan turun kepada sifar. ARTIKEL BERKAITAN: Saintis ramal ribut besar angkasa akibatkan ‘kiamat internet’, gangguan bertahun-tahun "Pencemaran menjadi sangat serius ia akan mula membunuh manusia yang seterusnya akan menyebabkan populasi berkurangan, lebih rendah berbanding tahun 1900. "Pada peringkat ini, sekitar 2040 hingga 2050, kehidupan bertamadun seperti yang kita ketahui di planet ini akan tidak lagi wujud," ujar laporan berita mengenai mesin itu. Ramalan supercomputer turut disokong oleh Ahli Astronomi Diraja Martin Rees, salah seorang ahli astrofizik yang terkenal. Dia juga telah meramalkan masa depan yang suram untuk manusia, mendakwa ancaman bencana daripada perubahan iklim kepada kebergantungan melampau terhadap teknologi akan menyukarkan manusia untuk terus hidup. Namun katanya, jika cabaran besar itu dapat diatasi, maka manusia boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama walaupun tiada jawapan yang sebenar untuk tempoh itu. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI