SEORANG guru mengaji di Indonesia disoal siasat oleh pihak polis kerana didakwa mencabul seorang pelajar bawah umur. Mangsa didakwa dicabul sebanyak 20 kali dalam tempoh dua tahun di sebuah institusi pendidikan agama di Daerah Grabagan. Kes itu terbongkar kerana mangsa sering menangis dalam pelukan ibu bapanya selepas pulang mengaji. Melihat perangai pelik mangsa, ibu bapanya mula risau, apatah lagi dia tidak berani menjawab apabila ditanya. ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘pakar ilmu ghaib’, bomoh cabul gadis bawah umur dengan alasan nak halau jin Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Polis Tuban, AKP M Gananta berkata, ibu bapa mangsa bimbang dengan perubahan tingkah laku kanak-kanak itu yang sering menangis apabila pulang mengaji. Suami-isteri itu kemudiannya menemui bukti perbualan mengenai perbuatan terkutuk tersebut selepas memeriksa telefon bimbit milik mangsa. "Daripada telefon bimbit mangsa, ibu bapanya menemui perbualan berkaitan perbuatan pelaku yang melakukan hubungan seks dengan anaknya," katanya pada Sabtu. Hasil siasatan polis, pelaku diketahui pernah melakukan hubungan seks dengan dua murid yang menjadi pelajarnya selama dua tahun. - Kompas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI