SEORANG lelaki bekas peserta MasterChef bersedia untuk dibicarakan berhubung dakwaan mengenai ‘penderaan seks kanak-kanak dan imej kebinatangan’. Caerwyn Ash didakwa mempunyai 53 gambar dan video tidak senonoh kanak-kanak dan dua imej terlarang kanak-kanak pada komputernya, bersama-sama dengan 124 imej lucah melampau orang dewasa melakukan hubungan seks dengan haiwan. Tarikh yang didakwa melakukan kesalahan menjangkau tempoh 14 tahun dari 2005 hingga 2019, menurut laporan WalesOnline. Defendan Ash telah mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan terhadap perbuatan iaitu memiliki bahan tersebut apabila dia hadir di kandang tertuduh di Mahkamah Swansea Crown. Mahkamah mendengar pengakuan tidak bersalah Ash terhadap dakwaan memiliki semua bahan itu. Tarikh perbicaraan sementara juga ditetapkan oleh Mahkamah Swansea Crown dengan tarikh mula pada Mac tahun depan. Lelaki berusia 40 tahun itu, yang merupakan peserta suku akhir dalam siri masakan popular BBC pada 2016, terus ditahan reman sehingga permulaan perbicaraan tahun depan. -Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI