KEMBAR siam dari Mexico, yang tinggal di Connecticut, Amerika Syarikat ini ‘melekat’ di bahagian dinding dada hingga ke pelvis mereka. Carmen dan Lupita mempunyai dua tangan, tetapi hanya satu kaki setiap satu di mana Carmen mengawal kanan, manakala Lupita mengambil kiri. Kembar itu hanya dijangka bertahan selama tiga hari selepas mereka dilahirkan pada tahun 2002 tetapi kini sudah hidup selama 21 tahun. Mereka telah diberitahu pembedahan untuk memisahkan anggota badan boleh mengakibatkan kematian atau menerima bertahun-tahun rawatan rapi. Oleh itu, mereka memilih untuk tinggal bersama dan telah menyesuaikan diri untuk menjalani kehidupan dengan satu sama lain. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI