suria

Mangsa balas dendam! Ular tedung mati selepas digigit budak lelaki umur 8 tahun

Deepak menggigit ular itu sehingga ia mati.

SEORANG kanak-kanak berdepan detik ngeri apabila dia dipatuk seekor ular tedung ketika bermain di belakang rumahnya di Jashpur, Chhattisgarh, India.

Mangsa yang berusia lapan tahun terkejut apabila haiwan ganas itu tiba-tiba menyerang sehingga taring turut terbenam di dalam daging lengannya.

Dikenali sebagai Deepak, dia yang sedang menahan sakit terpaksa menggigit ular itu sebanyak dua kali agar ia melepaskan gigitan pada lengannya.

Gigitan kuat itu menyebabkan ular berkenaan mati.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gempar ular sawa muncul depan muka pukul 12 tengah malam... Gadis syak ‘penghuni’ Tasik Kenyir ikut dalam kereta

"Ular itu melilit tangan saya dan menggigit saya. Saya sangat sakit. Reptilia itu tidak berganjak apabila saya cuba melepaskannya, saya menggigitnya kuat sebanyak dua kali.

"Semuanya berlaku dalam sekelip mata," kata Deepak, kepada New Indian Express.

Apabila dia memberitahu ibu bapanya tentang gigitan ular itu, keluarganya terus bergegas ke pusat perubatan, yang mana dia diberi ubat anti-racun dan diletakkan di bawah pemerhatian selama sehari.

Pemeriksaan terhadap kecederaan Deepak mendapati dia mengalami "gigitan kering", bermakna ular tedung itu tidak mengeluarkan sebarang bisa.

Mangsa telah keluar dari hospital dan kembali cergas seperti biasa, kata laporan. - India Today.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain