SEORANG bayi maut selepas dilarikan seekor monyet liar di Uttar Pradesh, India, pada Julai lalu. Bayi berusia empat bulan itu dirampas daripada bapanya sebelum monyet tersebut membawanya naik ke sebuah rumah tiga tingkat. Ketika kejadian, si bapa sedang berjalan dan secara tiba-tiba seekor monyet merampas bayi yang berada dalam pelukannya. Selepas dibawa ke kawasan tinggi, monyet itu membuang bayi berkenaan ke bawah. Bayi tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari kawasan tinggi. Kejadian melibatkan monyet liar semakin meruncing di Uttar Pradesh. Penduduk mendakwa kumpulan monyet memasuki bangunan kediaman dan komersial untuk mencari makanan dan menyerang manusia. Menurut laporan, lebih 1,000 orang telah mendapatkan rawatan anti-rabies sejak Julai selepas cedera dalam serangan monyet. ARTIKEL BERKAITAN: Rasa macam buang anak, pemuda nekad hantar monyet kesayangan ke Perhilitan... manja tapi masih ada liarnya Khamis lalu, seorang lelaki maut selepas terjatuh dari bumbung ketika diserang sekumpulan monyet. Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Dunka di Bareilly. Mangsa dikenali sebagai Mukesh Kumar sedang tidur di atas bumbung pada waktu malam apabila sekumpulan monyet menyerangnya. Ketika dia cuba melarikan monyet, lelaki berusia 40 tahun itu hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah. Kumar yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia semasa rawatan. - India Times. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI