GARA-gara gagal mencuri barang berharga, sekumpulan tiga perompak yang memecah masuk ke sebuah rumah bertindak memasukkan botol ke dalam dubur mangsa. Perkara itu didedahkan oleh mangsa yang merupakan lelaki warga emas kepada doktor. Dalam kejadian di di Palo Negro, Venezuela, lelaki berusia 79 tahun itu mengejutkan doktor sebelum botol tersebut dikeluarkan. Lelaki berkenaan hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan. ARTIKEL BERKAITAN: Takut beritahu isteri, lelaki tanggung derita botol air tersumbat dalam dubur 3 hari Imbasan x-ray mengesahkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kisah lelaki itu, dan dia dipindahkan ke hospital lain bagi menjalani pembedahan kecemasan. Laporan memberitahu botol tersebut tidak dapat dikeluarkan dengan tangan kerana objek tersebut berada terlalu dalam di bahagian rektum. Laporan polis dibuat selepas pembedahan dijalankan. Menurut Web MD, pembedahan kecemasan biasanya diperlukan apabila terdapat tanda-tanda jangkitan dalam perut, lubang pada usus, atau pendarahan serius dari dubur. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI