suria

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu

Seorang bayi perempuan dilahirkan mempunya ekor. foto Creative commons

PASUKAN perubatan digemparkan dengan bayi perempuan yang baru lahir mempunyai ekor sepanjang enam sentimeter (sm).

Dalam kejadian di Mexico, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan caesarean.

"Kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah pendedahan radiasi, atau jangkitan semasa kehamilan.

"Kedua-dua ibu bapanya yang berusia lewat 20-an juga sihat," menurut Journal of Pediatric Surgery.

bayi ekor 2

Panjang ekor bayi tersebut berukuran 5.7sm. foto Creative commons

'Ekor' tersebut berukuran panjang 5.7sm, dengan diameter antara 3 milimeter (mm) dan 5mm.

Ia juga berbentuk silinder dan menghala ke hujungnya.

Doktor menyatakan bahawa struktur seperti ekor itu diliputi kulit dan bulu, malah bayi itu menangis apabila bahagian tersebut dicubit.

Mereka melakukan X-ray Lumbosacral - ujian pengimejan yang membantu doktor melihat anatomi bawah punggung, tetapi tidak menemui bukti anomali atau struktur tulang di dalam ekor.

Pakar perubatan menguji pelbagai masalah perubatan dan mendapati tiada masalah membabitkan bayi tersebut.

Imbasan MRI kanak-kanak itu juga mendedahkan tiada anomali otak, dan negatif untuk keabnormalan tulang belakang. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain