suria

Si cantik lahir dengan dua alat sulit berbeza, nekad tak mahu jalani pembedahan

Blume lahir dengan dua kemaluan.

SEORANG individu dari Australia yang dilahirkan khunsa tampil berkongsi kisah hidupnya yang memiliki dua kemaluan sejak bayi.

Dikenali sebagai Blume, dia yang menetap di Melbourne mengakui banyak berdepan cabaran kerana dilahirkan dengan kedua-dua buah zakar serta faraj.

Ketike membesar, Blume menganggap dirinya sebagai seorang perempuan sebelum mengetahui bahawa dia khunsa pada usia 16 tahun.

Menurut penjelasan doktor, Blume dilahirkan dengan gabungan ciri biologi lelaki dan perempuan.

Terbaharu, Blume tampil menerusi siaran podcast I've Got News For You untuk News Au, bercerita mengenai pengalaman serta perancangan masa depannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lahir dengan 2 zakar, jalani pembedahan buang kemaluan lebih besar

Dedah Blume, dia tidak pernah menjalani sebarang pembedahan dan tidak merancang untuk membuang kedua-dua alat kelamin itu pada masa akan datang.

"Saya tidak menjalani sebarang pembedahan. Saya boleh bedah untuk buang tetapi saya ambil keputusan untuk mengekalkannya kerana dua alat kelamin itu hanya menjalankan 'tugas' mereka," ujarnya.

Bagaimanapun, dia menjalani prosedur dilation untuk menjadikan seks kurang menyakitkan selepas memilih untuk tidak menukar alat kelaminnya.

Menjelaskan apa itu dilation, Blume berkata ia merupakan proses membuka pangkal rahim (servik), sekali gus menjadikan proses hubungan seks tidak menyakitkan untuknya.

"Selepas proses itu, saya dapat melakukan hubungan heteroseksual. Ia seperti agak menyakitkan pada mulanya. Sekarang semuanya baik-baik saja. Saya mengandaikan ia berasa sama seperti wanita biasa," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain