suria

Bahaya cari jodoh secara online... Wanita dicincang teman lelaki, organ dicuri sebelum mayat dihanyutkan ke laut

Mangsa dibunuh selepas bertemu teman lelakinya di Peru.

PERJALANAN romantik seorang wanita Mexico berusia 51 tahun ke Peru untuk bertemu kekasih baharu bertukar tragedi apabila dia dibunuh lelaki berkenaan.

Menurut The Independent, wanita dikenali sebagai Blanca Olivia Arellano Gutierrez itu mengembara menaiki sebuah pesawat untuk bertemu teman lelakinya, Juan Pablo Jesus Villafuerte yang dikenalinya secara dalam talian selama beberapa bulan.

Sejurus tiba, dia dikatakan dibunuh lelaki itu sebelum organnya dicuri dan dijual di pasaran gelap.

Kehilangan wanita itu menjadi tanda tanya sehingga anak saudaranya menyuarakan kebimbangan menerusi Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara berebut tanah, 3 beradik tergamak bakar rumah nak bunuh ibu

Dikenali sebagai Karla, anak saudaranya menyeru bantuan orang ramai untuk menjejaki kehilangan mangsa yang sepi tanpa khabar sejak 7 November lalu.

"Saya tidak sangka saya akan berada dalam situasi ini, dan hari ini saya meminta sokongan dan penyebaran untuk mencari salah seorang yang paling disayangi dan penting dalam hidup saya.

"Ibu saudara saya, Blanca Olivia Arellano Gutierrez, hilang pada 7 November di Peru. Dia berasal dari Mexico, dan kami bimbang akan keselamatannya," tulis Karla di Twitter.

Ketika polis menggeledah rumah yang disyaki didiami pembunuh itu, mereka mendapati terdapat kesan darah memercik di sekitar lokasi itu.

Pada 9 November, nelayan tempatan melihat tubuh manusia yang dipotong terapung di lautan, berdekatan pantai Huacho sebelum disahkan sebagai mayat wanita itu. - India Times.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain