suria

Saiz badan lebih besar berbanding kerusi pesawat, influencer kecewa dihalang naik kapal terbang

Dia kecewa apabila dihalang menaiki pesawat untuk pulang ke negara asal.

SEORANG wanita mendakwa dia tidak dibenarkan menaiki pesawat Qatar Airways kerana dianggap "terlalu gemuk" dan perlu membayar kos tambahan £2,480 (RM13,433) untuk meneruskan penerbangannya.

Model dan influencer itu, Juliana Nehme, 38, menuduh syarikat penerbangan tersebut bertindak tidak adil kerana saiznya selepas mereka didakwa enggan membenarkannya menaiki penerbangan pulang ke Brazil.

Dalam posting untuk 118,000 pengikut Instagram, Juliana menjelaskan bagaimana dia bercuti di Lubnan bersama keluarganya dan tiba di negara itu melalui Air France tanpa sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gemar tayang badan, model ‘plus size’ sering terima kecaman... Digelar ikan paus, khinzir

Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang dengan Qatar Airways, dia mendakwa tidak dibenarkan menaiki penerbangannya dari Beirut ke Doha pada 22 November.

Juliana juga mendakwa syarikat penerbangan itu enggan membayar balik £830 (RM4,495) yang telah dia bayar untuk tiketnya dan sebaliknya cuba memintanya membayar £2,480 (RM13,433) untuk dinaik taraf kepada kelas pertama supaya dia boleh duduk di dalam pesawat itu.

"Mereka menafikan hak saya untuk melancong. Saya terdesak, tolong saya, mereka tidak mahu saya naik kerana saya gemuk.

"Sungguh memalukan syarikat seperti Qatar membenarkan diskriminasi terhadap orang ramai! Saya gemuk, tetapi saya sama seperti orang lain," ujarnya.

Dia akhirnya terpaksa tinggal di sana bersama ibunya, manakala kakak dan anak saudaranya pulang ke negara asal mereka menaiki penerbangan tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain