PENGASAS bersama (co-founder) mata wang kripto ditemui mati 'tanpa diduga' ketika sedang tidur. Tiantian 'TT' Kullander, yang mengasaskan syarikat aset digital Amber Group, baru berusia 30 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir pada 23 November, demikian menurut jurucakap syarikat yang mengesahkan kematiannya pada Ahad. Tiada butiran mengenai punca atau lokasi kematiannya dinyatakan. Walaupun usianya masih muda, Kullander berjaya masuk dalam senarai 'Forbes 30 Under 30' pada 2019 dan dilabel sebagai tonggak kejayaan Amber Group. Kullander meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki. Kematiannya benar-benar mengejutkan sektor kewangan. Kematian Kullander bukanlah satu-satunya kematian tragis yang berlaku dalam dunia kripto baru-baru ini. Beberapa minggu lalu, seorang lagi jutawan muda dalam industri itu mati lemas di pantai di Puerto Rico. Nikolai Mushegian, 29, sempat membuat ciapan sejurus sebelum meninggal dunia dengan meluahkan kebimbangan dirinya menjadi sasaran CIA dan Mossad, agensi perisikan kebangsaan Israel. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI