suria

Lelaki umur 67 tahun mati sakit jantung ketika hubungan seks, teman wanita buang mayat dalam beg plastik

Lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan hubungan seks. Foto: Representational.

SEMINGGU selepas polis menemui mayat seorang lelaki berusia 67 tahun dalam beg plastik, siasatan terhadap kematian itu mendedahkan bahawa mangsa mati akibat serangan jantung ketika melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

Lebih mengejutkan, mayat mangsa telah dilupuskan oleh wanita it bersama suami serta abangnya sendiri, dedah polis Bengaluru, India.

Ahli perniagaan berusia 67 tahun itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan yang bekerja sebagai pembantu rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit jantung, ibu di ofis tak senang duduk was-was dengan pengasuh! ‘Sayang’ nak resign tak dapat kumpul duit

Mangsa yang dikenali sebagai Bala Subramanian telah mengunjungi rumah teman wanitanya pada 16 November dan meninggal dunia di atas katil akibat diserang sakit jantung ketika melakukan hubungan seks.

Suspek yang juga kekasih gelapnya bimbang jika kejadian itu menjadi perhatian masyarakat dan mencalarkan imejnya.

Dia kemudiannya segera menghubungi suami dan abangnya untuk membungkus mayat ahli perniagaan itu di dalam beg plastik dan membuangnya di tempat terpencil di JP Nagar.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku telah melupuskan mayat teman lelakinya itu kerana bimbang akan didakwa pihak berkuasa atas kes pembunuhan tersebut. - India Today.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain