suria

Peniaga ayam goreng hilang empat hari, anak jumpa mayat ibu dalam 'freezer'

Mayat wanita ini disorok di belakang rumahnya sehingga mengeluarkan bau busuk.

MAYAT seorang wanita dijumpai oleh anaknya setelah hilang sekurang-kurangnya tiga hari di dalam sebuah peti ais.

Mangsa berusia 58 tahun ini dipercayai sudah meninggal dunia ketika disorok di belakang rumahnya sehingga mengeluarkan bau busuk.

Lebih menyayat hati apabila mangsa dijumpai dalam keadaan tragis ditampal dengan menggunakan pita pelekat.

Menurut anak mangsa, Akkaraphon, ibunya telah hilang sejak 15 November lalu di wilayah Phitsanulok, Thailand.

Menurut Pegawai Balai Polis Wat Bot, anaknya menemuinya selepas empat hari apabila terdapat bau busuk datang dari peti sejuk (freezer) di belakang rumah mereka.

Menurut pegawai polis, wanita berkenaan pernah menjual ayam goreng di kampungnya tetapi terpaksa berhenti kerana penyakitnya bertambah teruk.

Wanita yang mempunyai masalah mental sehingga terpaksa mengambil ubat di Hospital Buddhachinaraj ini mengharap suami dan anak untuk menjaganya.

Difahamkan, keluarga mangsa turut mengakui wanita terbabit sebelum ini membuat pinjaman dan diancam oleh pemberi pinjaman kerana tidak membayar hutang.

Malah, mangsa pernah cuba untuk mengakhiri hayatnya dengan mengambil ubat secara berlebihan.

Susulan daripada itu, Pegawai Polis Wat Bot, Kol. Wisut Klaisaeng menjelaskan punca kematian mangsa masih tidak jelas dan dianggap sebagai kes pembunuhan.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Buddhachinaraj untuk proses bedah siasat. - THAIGER

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain