suria

Dilabel ‘paling seksi’ selepas dikesan di Piala Dunia, penyokong ini ditawar jadi model

Axelle menjadi terkenal sekelip mata pada Piala Dunia 2014. foto Getty Images

PIALA Dunia merupakan platform untuk bakal bintang mencipta nama, dan ia bukan hanya buat pemain sahaja.

Ramai penyokong menjadi terkenal selepas dipilih dalam kalangan orang ramai oleh kamera kerana penampilan mereka yang menarik.

Pada 2014 dalam temasya sukan itu yang dianjurkan oleh Brazil, itulah yang berlaku kepada penyokong Belgium, Axelle Despiegelaere.

Baru berusia 17 tahun ketika itu, dia dirakamkan memberi semangat kepada pasukan negaranya menjelang perlawanan kumpulan kedua menentang Rusia, menyaksikan kemenangn 1-0.

Dia memakai topi tanduk dengan warna bendera negaranya, sebagai penghormatan kepada gelaran Red Devils bagi skuad kebangsaan itu, sambil memegang 'pompom'.

Axelle ketika itu bersama dua rakannya, tetapi dia lebih menonjol dan menjadi tumpuan jurugambar di Stadium Maracana di Rio De Janeiro.

Foto yang dirakamkan menjadi tular sehingga remaja itu dilabel sebagai 'penyokong paling cantik' dan 'penyokong paling seksi' Piala Dunia.

Populariti itu membuatkan dia dilamar dengan kontrak peragaan daripada syarikat kosmetik Perancis, L'Oreal.

Axelle muncul dalam kempen media sosial termasuk menunjukkan dia membuat video 'tutorial rambut' sebelum menjadikan peragaan sebagai kerjayanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain