suria

[V] Wartawan Israel terkulat-kulat peminat England jerit ‘free Palestine’ waktu siaran langsung laporan Piala Dunia 2022

Penyokong England yang menjerit 'bebaskan Palestin' semasa ditemu bual seorang wartawan Israel.

SEORANG peminat pasukan bola sepak England mengejutkan wartawan sukan Israel, Tal Shorrer apabila menjerit 'bebaskan Palestin' semasa ditemubual secara langsung di televisyen.

Pemuda bernama Harry Hatton, 23, berbuat demikian selepas ditemui wartawan berkenaan susulan kemenangan 3-0 antara England menentang Senegal pada Isnin malam.

“England akan menang! Tetapi yang lebih penting, bebaskan Palestin!” katanya dalam video yang tular.

Wartawan itu dilihat menggelengkan kepala sebagai tanda kecewa ketika Hatton dan rakan-rakannya bersorak selepas melaungkan kata-kata tersebut.

Tindakan Hatton itu kemudiannya mendapat pujian masyarakat dunia yang prihatin dengan kekejaman Israel ke atas Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ratu Cantik Croatia tampil seksi di Piala Dunia, Pak Arab kantoi sakan ambil gambar

Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan Hatton dan rakan-rakannya.

Sementara itu, wartawan Israel berkenaan mendakwa dia dikasari rakyat Palestin dan penyokong Arab lain semasa membuat liputan secara langsung sepanjang kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Saya sangat teruja untuk masuk ke Qatar dengan pasport Israel kerana saya fikir ia akan menjadi pengalaman yang positif.

“Namun ia menyedihkan kerana ramai orang mengutuk dan mengugut kami,” ujarnya.

Terdahulu sebelum Piala Dunia bermula, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa, penyokong Israel dibenarkan melakukan penerbangan dari Tel Aviv terus ke Qatar buat kali pertama, bagi menyaksikan Piala Dunia. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain