BAKAL berentap dengan Senegal dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA Qatar 2022 pada jam 3 pagi, Isnin, bukanlah perkara mudah bagi England. Pun begitu, rata-rata penyokong kumpulan 'Three Lions' itu meramalkan mereka akan menang tipis dan melangkah ke pusingan seterusnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ratu Cantik Croatia tampil seksi di Piala Dunia, Pak Arab kantoi sakan ambil gambar Memetik laporan MailOnline, salah seorang penyokong pasukan England, James, 43, mengakui bahawa Senegal merupakan pasukan yang kuat. "Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar... kami (England) perlu menentang Phil Foden dan Marcus Rashford. "Saya meramalkan kemenangan 2-1... kami akan memenangi Piala Dunia," katanya. Seorang lagi penyokong, Chris, yang turut teruja dengan keputusan peringkat kumpulan meramalkan bahawa England layak ke pusingan separuh akhir. Namun dia merasakan bahawa Three Lions tidak akan berjaya ke perlawanan akhir Piala Dunia. "Saya tidak pasti England telah bermain dengan kualiti untuk mara ke final. Jika kami berjaya mengharungi malam ini dan menentang Perancis, itu akan menjadi hebat," ujarnya. Terdahulu, rata-rata penyokong Three Lions menyatakan mereka akan menang dengan jaringan gol 2-1 ke atas Senegal. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI