BINTANG tinju Tai Tuivasa meraikan kemenangan Australia dengan meminum bir daripada kasut seorang peminat Ultimate Fighting Championship (UFC). Pemain kategori 'heavyweight' itu berdepan dengan peninju Rusia, Sergei Pavlovich pada kad utama UFC di ESPN 42 selepas kekalahannya terhadap Ciryl Gane pada September. Bekas bintang liga ragbi itu terkenal dengan menyambut kemenangan dengan cara meminum air daripada kasut. Ia merupakan satu cara (trick) parti yang popular di Australia. Tuivasa terpaksa meninggalkan sukan ragbi selepas ketagihan berjudi sehingga kerugian £11,800 (RM63,680) di kasino. Digelar 'Bam Bam', Tuvasa mengubah haluan kerjaya kepada seni bela diri campuran (MMA), sekali gus mengejutkan banyak pihak dengan keputusan itu. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI