MESKIPUN isteri kepada bintang bola sepak ternama Lionel Messi, Antonela tidak teragak-agak menegur sikap kurang sopan anaknya di khalayak ramai. Ia berikutan anak keduanya itu, Mateo, 7, dilihat membaling gula-gula getah ke arah peminat ketika Argentina menewaskan Australia 2-1. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ratu Cantik Croatia tampil seksi di Piala Dunia, Pak Arab kantoi sakan ambil gambar Pada masa tersebut, dia bersama tiga anaknya itu berada di tempat penonton bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Tindakan pantas yang dilakukan Antonela berjaya menghalang telatah Mateo yang pastinya akan merosakkan imej Messi. Pun begitu, Messi gembira kerana anak-anaknya berada bersama di stadium dan menyaksikan perlawanannya. Malah dia turut menghargai pencapaian yang diperoleh pada usia 35 tahun. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI