suria

Peminat dakwa jaringan hatrik Ramos undang 'kemarahan' Ronaldo... Sebar gambar senyuman palsu

Antara rakaman senyuman Ronaldo selepas Portugal berjaya menjaringkan gol.

MESKIPUN menang besar 6-1 semasa menentang Switzerland, penyokong Portugal seolah-olah tidak berpuas hati dengan 'kehadiran' Cristiano Ronaldo di bangku simpanan.

Malah mereka turut menyifatkan bintang bola sepak ternama itu menghadiahkan senyuman palsu terhadap Goncalo Ramos yang tampil menggantikan tempatnya.

Ia berikutan, Ramos berjaya menjaringkan tiga gol dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 pada awal pagi Rabu.

Seorang pengguna Twitter berkata, Ronaldo memberi 'ketawa palsu' apabila Ramos menjaringkan gol kedua selain turut menyifatkannya tidak berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

Kenyataannya itu kemudian dipersetujui oleh beberapa lagi warganet.

Malah mereka mengatakan bahawa Ronaldo sengaja mengukir senyuman walaupun berasa marah.

Terdahulu, Portugal menang menentang Switzerland dalam perlawanan kalah mati pada pusingan 16.

Mereka bakal bertemu Morocco dalam suku akhir. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Portugal, Piala Dunia Qatar, FIFA 2022,

Artikel Lain