suria

Diterbangkan ke Qatar gunting rambut bintang England, lelaki ini dihubungi Perancis menjelang suku akhir Piala Dunia

Ahmed Alsanawi ke Qatar untuk memotong rambut pemain England. foto instagram/astarbarbers

SEORANG tukang gunting rambut diterbangkan dari England ke Qatar semata-mata untuk memotong rambut bintang England di Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan turut dihubungi oleh pasukan Perancis.

Ahmed Alsanawi, memiliki bisnes gunting rambut yang diusahakan bersama isteri dan rakan kongsinya, Tanya.

Dia menaiki penerbangan ke Qatar untuk menyediakan perkhidmatan memotong rambut sekumpulan bintang bola sepak.

gunting rambut 2

Marcus Rashford merupakan salah seorang pelanggan Ahmed Alsanawi. foto instagram/astarbarbers

Antara pemain yang mendapat khidmatnya ialah Phil Foden, Marcus Rashford dan Jack Grealish, di antara perlawanan.

Bagaimanapun, dia juga telah melawat kem pasukan Perancis, yang akan ditentang England dalam aksi suku akhir, Ahad ini.

Tukang gunting rambut selebriti itu, juga menggunting rambut beberapa pemain Belgium sebelum tersingkir dari Piala Dunia.

Dia turut menyediakan servis tersebut untuk pasukan Perancis. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan