suria

Dulu cikgu, kini suami! Beza usia 22 tahun, guru duda kahwin dengan pelajar... rupanya jarak rumah 800 meter je

Tangkap layar video guru (kanan) mengahwini pelajarnya dalam satu majlis. sumber Twitter

KISAH cinta luar biasa menyaksikan seorang guru berusia 42 tahun bersama pelajarnya berumur 20 tahun menjadi perhatian di media sosial.

Pelajar perempuan itu merupakan anak didik kepada guru berkenaan di Samastipur di Bihar, India.

Dengan jarak usia 22 tahun, pasangan ini kemudian melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis.

Pasangan itu dilihat menerusi satu video yang tular sehingga mencetuskan perdebatan dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak usia 23 tahun, wanita bertemu jodoh dengan bapa kepada rakan baik sendiri

Guru berkenaan, Matuknath, meluahkan perasaan terhadap pelajarnya, Julie, yang berusia 22 tahun lebih muda daripadanya.

Menurut laporan, pelajar itu pernah belajar bahasa Inggeris di kelas guru berkenaan.

Sejurus selepas menjalinkan hubungan, guru tersebut mengahwini pelajarnya di sebuah kuil pada Khamis lalu.

Kedua-duanya juga tinggal berdekatan dengan jarak antara rumah hanya kira-kira 800 meter.

Guru tersebut merupakan seorang duda selepas kematian isteri beberapa tahun lalu. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain