suria

Lelaki 60 tahun ditemui mati terikat di katil, 3 wanita kenalan Tinder diburu polis

Rusticane ditemui mati akibat serangan jantung dan diikat di katil. foto Jam Press

SEORANG lelaki berusia 60 tahun ditemui mati diikat di katil di kediamannya.

Susulan kejadian itu, polis kini memburu tiga wanita yang dikaitkan dengan kematian mangsa akibat serangan jantung.

Pihak berkuasa yang menyiasat mengesyaki perbuatan jahat dalam kematian Daniel Alfredo Rusticane, yang ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki terikat.

Selain itu, harta benda milik mangsa juga didapati hilang.

Dia dikatakan telah bertemu dengan beberapa wanita pada malam kejadian menerusi aplikasi temu janji Tinder, dan lelaki berkenaan dipercayai mati sewaktu rompakan berlaku.

Pihak berkuasa turut mendapati trak pikap Ford Ranger milik Rusticane telah dicuri dan kemudiannya ditinggalkan lima blok dari rumahnya di Buenos Aires, Argentina.

mati diikat 2

Rusticane dikatakan dirompak sebelum meninggal dunia. foto Jam Press

Anak perempuan Rusticane, Gisela, merayu kepada jiran-jiran dan meminta mereka membantu mengenal pasti wanita yang didakwa dia temui sebelum insiden tersebut, minggu lalu.

Seorang rakan rapat kepada mangsa memberitahu polis: "Dia menghantar saya audio pada waktu malam mengatakan dia bersama dua atau tiga wanita."

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 3 tahun ditemui mati atas katil, didakwa ditendang bapa saudara kerana terlalu bising

Siasatan diteruskan, dengan pendakwa, Karina Licalzi enggan menolak kemungkinan berlaku aktiviti seksual sebelum rompakan ke atas mangsa.

Menurut laporan bedah siasat, Rusticane maut selepas mengalami serangan jantung di kediamannya.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih menunggu keputusan laporan toksikologi yang dapat menentukan sama ada Rusticane mengambil sebarang bahan yang boleh mencetuskan serangan jantung.

Jurucakap polis berkata: "Terdapat juga kemungkinan wanita berkenaan mengikatnya dan mangsa meninggal dunia akibat terkejut atau cemas.

"Kita tidak menolak hipotesis ini, walaupun kami sedang menunggu keputusan makmal untuk mengesahkannya." - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain