SEORANG lelaki yang membuat rakaman video lucah tanpa pengetahuan mangsa-mangsanya dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun. John-Paul (JP) Pohe, 38, dibawa ke muka pengadilan atas dakwaan merogol serta membuat rakaman video bersama seorang gadis muda. Selain itu, dia juga turut membuat rakaman video lucah bersama 14 orang pelacur menggunakan kamera telefon bimbit tanpa pengetahuan mereka. Pada Jumaat, penerbit dan bekas ejen hartanah itu dijatuhkan hukuman di Mahkamah Daerah Wellington. Peguam bela Mike Antunovic berkata Pohe "malu dan meluat pada dirinya sendiri". Kesemua 17 kesalahan dilakukan antara September 2021 dan April tahun ini, di empat rumah pelacuran di sekitar wilayah Wellington. - NZ Herald. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI