SEORANG warga Iran dinobatkan sebagai lelaki terpendek di dunia. Menurut Guinness World Records, Afshin Esmaeil Ghaderzadeh yang berusia 20 tahun memperoleh gelaran itu, dengan ketinggian 2 kaki 1.68 inci (65.24 sentimeter/sm). Rekod terdahulu untuk lelaki terpendek dipegang oleh Edward Niño Hernandez, dari Bogotá, Colombia, yang berketinggian 2 kaki 4.38 inci (72.1sm). Afshin (tengah) bersama ibu bapanya. foto Guinness World Records Afshin dilahirkan di sebuah kampung terpencil di daerah Bukan, Azerbaijan Barat di Iran dan kehidupannya bukan sen, dan kehidupan tidak selalunya mudah. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tertinggi di dunia kali pertama naik kapal terbang, syarikat penerbangan kosongkan enam kerusi Rumah yang didiaminya sederhana, dan walaupun keluarganya bekerja keras, mereka kadang-kala bergelut untuk menyediakan perbelanjaan sara hidup, ubat-ubatan dan rawatan yang mencukupi. "Hanya berfikir untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Guinness World Records seperti mimpi. Saya kadang-kadang sukar untuk mempercayainya. Ia seperti anda bangun keesokan harinya dan seluruh dunia kini tahu siapa anda. Itu ajaib," kata Afshin. "Saya suka perhatian yang saya dapat daripada orang. Ia membuatkan saya berasa istimewa. "Impian saya ialah dapat membantu ibu bapa saya. Pengiktirafan global ini mungkin membantu saya mencapai impian saya," katanya lagi. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI